Firma Munzir Najwa & Associates telah ditubuhkan pada 3 Januari 2021. Pada awal penubuhan firma ini, hanya terdapat dua orang Peguam Syarie yang menjalankan kerja guaman di Mahkamah Syariah Negeri Perak iaitu Tuan Muhammad Munzir dan Puan Najwa Shakirah. Setelah tahun demi tahun berlalu, firma ini semakin berkembang dan kini telah mempunyai 5 orang Peguam Syarie.
Sehingga kini telah lebih 300 kes berjaya diselesaikan dari tahun 2021-2024. Firma ini juga menjalankan guaman Syariah sepenuhnya dengan sentiasa memberi saingan kepada Firma-Firma yang mempunyai latarbelakang Peguambela dan PeguamCara. Kami di Munzir Najwa & Associates percaya Peguam Syarie juga mampu membawa kes dengan baik dan berkesan setanding Peguambela dan Peguamcara.
Selain kes-kes yang terdapat di Mahkamah Syariah, firma kami juga mengendalikan kes-kes yang melibatkan agensi-agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Tanah, Pejabat Pusaka Kecil dan lain-lain agensi yang memerlukan penyelesaian terhadap orang Islam khususnya. Kami juga berpengalaman menyelesaikan masalah-masalah rumahtangga yang memerlukan penyelesaian secara baik antara kedua belah pihak baik untuk selamatkan rumahtangga mahupun merungkai pertelingkahan yang telah lama berlarutan.
Logo firma ini merupakan gabungan nama Munzir dan Najwa melalui seni khat yang melambangkan sebuah firma yang menjalankan sepenuhnya kes Syariah dan sedaya upaya menitikberatkan keadilan di sisi Hukum Syarak berdasarkan AL-Quran, Sunnah dan Ijma' di samping menghormati Undang-Undang sedia ada di Negara Berdaulat ini.
Copyright © 2024 Munzir Najwa Associates - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.