Berasal daripada Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Lahir di Hospital Permaisuri Bainun (Hospital Besar) Ipoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Pasti, Taman Saujana, Batu Gajah, Perak. Selanjutnya beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yusuf (SYS) Batu Gajah dan kemudiannya Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Aziz, Parit Perak.
Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya di peringkat pendidikan tinggi bagi program Tamhidi (Asasi) Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seterusnya, beliau melanjutnya di peringkat Sarjana Muda dalam program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan kepujian juga di USIM. Setelah tamat pendidikan, beliau meneruskan program Diploma Lanjutan di dalam Program Diploma in Islamic Judiciary and Advocacy Practice (DIJAP) di USIM.
Kini beliau merupakan seorang Peguam Syarie Negeri Perak dan juga terlibat secara tidak langsung dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai Skuad Sulh JKSM. Beliau juga bersungguh-sungguh dalam menaik taraf status Kehakiman Syariah Malaysia dari segi penulisan artikel akademik.
2012 : SK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH
2016 : SMA MAAHAD AL-AZIZ, PARIT
2017 : PUSAT TAMHIDI USIM, NILAI
2018 : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA, FSU (USIM)
2022 : MEDIATOR (USIM-JKSM), SQUAD SULH MALAYSIA (JKSM)
2023 : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
DIPLOMA ISLAMIC JUDICIARY AND ADVOCACY PRACTICE (DIJAP)
2023 - kini : Ahli Skuad Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Copyright © 2025 Munzir Najwa Associates - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.