Semua masalah boleh diatasi, persoalannya bagaimana cara kita atasi setiap permasalahan yang datang melanda dalam kehidupan kita. Ada orang yang boleh handle masalah sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada orang pula memerlukan seseorang untuk menjadi pengantara, pemudahcara dan penguat semangat untuk menghadapi cabaran dalam rumahtangga mereka.
Tuan Muhammad Munzir Bin Md. Radzi berasal dari Batu Gajah, Perak. Dilahirkan di Hospital daerah Batu Gajah, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Taski Abim, Kuala Kangsar. Selanjutnya menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar. Setelah tamat SPM, beliau telah menyambung pelajaran di peringkat STPM di Kolej Islam Sultam Alam Shah, Klang dan kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya (UM) di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Berdasarkan pengalaman hampir 8 tahun dalam kepeguaman Syarie, telah banyak yang beliau pelajari dan dijadikan pengalaman berharga buat dirinya. Selain kes Mal, beliau juga berpengalaman mengendalikan kes-kes Jenayah Syariah di Mahkamah Syariah. Beliau juga bergiat aktif di dalam Persatuan Peguam Syarie Malaysia baik di peringkat Pusat mahupun Cawangan Negeri Perak.
Kini beliau antara yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Pindaan Tatacara Mal dan Tatacara Jenayah Negeri Perak. Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman mengendalikan kes sehingga ke peringkat Mahkamah Utama Syariah Perak.
Membantu anda dalam mengharungi liku kehidupan ini sudah menjadi ruji dalam hidup beliau. Beliau sentiasa inginkan perpisahan itu berakhir dengan kebaikan. Akhirnya mengharapkan agar hubungan yang terlerai tidak menjadi parasit yang memakan diri walaupun setelah keruntuhan masjid yang dibina
2003 : SK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH
2008 : SMK BUKIT MERCHU, KUALA KANGSAR
2010 : KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)
2015 : UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR
Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (BsyL)(Honor)(UM)
2016 : UITM, SHAH ALAM
Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA)(UITM)
2019 - 2021 : Setiausaha Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) Cawangan Perak Sesi 19/21
2021 - 2023 : Setiausaha Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) Cawangan Perak Sesi 21/23
2023 -2025 : Setiausaha Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) Cawangan Perak Sesi 23/25
2024 - 2027 : Ahli Jawatankuasa Pindaan Tatacara Mal kepada Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah Perak
2024 - 2027 : Ahli Jawatankuasa Kerja Pindaan Undang-Undang Substantif & Subsidiari Sedia Ada : Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak)
2023 : Panel Bantuan Guaman Syarie dengan Kerjasama PGSM (BAGUS)
Copyright © 2024 Munzir Najwa Associates - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.