merupakan anak kelahiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak yang mana kini dikenali sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak dan dibesarkan di Negeri Selangor Darul Ehsan. Beliau mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas, Taman Air Hitam Permai, Sepang, Selangor. Dan selanjutnya, menyambung pelajarannya ke Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda (SKDABB), Kajang Selangor dan Sekolah Rendah Agama Dato’ Abu Bakar Baginda (SRADABB), Kajang Selangor. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda (SMKDABB), Kajang Selangor dan pada Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, beliau telah mengambil jurusan sains agama di bawah kelas aliran agama (KAA) serta kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) sejak dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5 di sekolah yang sama.
Selepas tamat pengajian dan mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau telah menyambung pengajiannya ke peringkat Asasi di bawah Program Asasi Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor atau kini lebih dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS), Selangor dan kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di bawah Program Syariah dengan Undang-Undang di Universiti yang sama, UIS, Selangor.
Atas dasar “passion” yang jitu ke atas bidang perundangan syariah, beliau telah meneruskan pengajian untuk mendapat Sijil bagi melengkapkan syarat untuk menjadi Peguam Syarie khususnya di Negeri Perak dengan mengambil Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DKGS) selama satu tahun di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak.
Kini, beliau beramal sebagai seorang Peguam Syarie di Negeri Perak Darul Ridzuan dan Wilayah-Wilayah Persekutuan. Beliau merupakan anak didikan serta Peguam Syarie pertama hasil daripada keluaran Munzir Najwa & Associates sendiri.
Selain mengendalikan perbicaraan kes-kes Mal di Mahkamah Syariah, beliau memfokuskan diri dalam bidang perancangan harta orang Islam sebelum dan selepas kematian khususnya kes-kes berkaitan harta sepencarian, hibah dan berpengalaman dalam pengiraan lapisan waris permohonan Faraid yang secara munasakhat. Selain itu, beliau juga berpengalaman dalam tuntutan kes Pusaka Kecil, permohonan Amanahraya Berhad dan dokumen Surat Ikatan Hibah. Beliau juga menguruskan segala dokumen berkaitan urusan yang melibatkan agensi-agensi lain seperti Pejabat Agama Islam, Pejabat Tanah Galian, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain.
Dengan berpegang kepada prinsip hidup “Believe in yourself and if you can dream big, you have to aim high” serta passionate sebagai seorang Peguam Syarie, beliau sentiasa komited dan sedaya upaya membantu dalam menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dalam rumahtangga mahupun antara waris-waris agar permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan boleh mendamaikan semula hubungan kekeluargaan tersebut.
2009 : SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, SELANGOR
2014 : SMK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, SELANGOR
2020 : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (UIS)
Asasi Pengajian Islam
Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (BsyL)(Honor)(UIS)
2022 : UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS), PERAK
Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DKGS)(USAS)
Copyright © 2025 Munzir Najwa Associates - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.